Sukan karate sentiasa dilabel sebagai lubuk emas setiap kali berlangsungnya Sukan SEA dengan pencapaian terakhir empat tahun lalu, skuad karate negara membawa pulang tujuh pingat emas.
Kini, cabaran utama kontinjen karate adakah untuk mengulangi pencapaian terbaik sembilan pingat emas ketika Malaysia menjadi tuan rumah pada edisi 2001.
Dalam Sukan SEA Myanmar empat tahun lalu, atlet karate negara membawa pulang tujuh pingat emas, tiga perak dan lima gangsa, muncul sukan kedua penyumbang terbesar pingat emas selepas sukan terjun.
Setakat ini, pencapaian terbaik karate di luar Kuala Lumpur ialah di Korat 2007 apabila memenangi lapan pingat emas, tiga perak dan lima gangsa.
Jika dilihat pencapaian sepanjang tahun ini, skuad karate negara boleh berbangga dengan pencapaian dua atlet kumite wanita, Shree Sharmini Segaran dan Syakilla Salni Jefri Krisnan.
Syakilla pernah berada di ranking nombor satu dunia bagi acara bawah 55 kilogram, 5 Oktober tahun lalu dan berdasarkan pencapaian semasa, dia sedang menduduki tangga keenam.
Begitu juga dengan Sharmini yang telah beralih arah ke kategori bawah 50kg daripada bawah 68kg tahun lalu dan merupakan atlet kelapan terbaik dunia.
Justeru, Malaysia mungkin boleh menjangkakan dua emas mampu ditawan daripada acara kumite wanita selain gandingan sama menjadi taruhan bagi kategori berpasukan.
"Dalam Sukan SEA yang lalu, saya beraksi dalam kategori bawah 68kg, sekarang bawah 50kg. Tetapi saya sudah mengambil masa dua tahun untuk membiasakan diri dalam kategori baru ini.
"Jurulatih berpendapat saya memiliki peluang lebih cerah di peringkat Eropah dan peringkat dunia," jelas Sharmini.
Bagi skuad karate lelaki, harapan tinggi pasti disandarkan kepada S. Senthil Kumaran, untuk mempertahankan pingat emas yang dimenangi empat tahun lalu menerusi kategori bawah 60 kg.
Selain Senthil, ketua pasukan, R. Sharmendran, juga berpeluang menebus kehampaan selepas kecewa dengan pingat perak dalam Sukan SEA Myanmar 2013.
Dia bakal beralih arah daripada kategori bawah 67kg kepada bawah 75kg di Kuala Lumpur, Ogos ini.
"Dalam kategori saya, pihak lawan yang kuat datangnya dari Indonesia dan Vietnam tetapi sebagai atlet tuan rumah sudah tentu saya mahu muncul pemenang," kata Senthil.
Bagi jurulatih, Andre Vasiljevs, dia tidak mahu menekan atletnya dengan sasaran tertentu, cuma berharap mereka mampu muncul juara keseluruhan sekali lagi.
Dia melihat seteru tradisi seperti Vietnam, Indonesia dan Filipina dijangka akan terus mencabar skuad negara.
"Sejak 2015, ini adalah skuad yang sama. Kami tidak melakukan eksperimen kerana kekurangan atlet yang baru, jadi kami perlu menggunakan segala sumber yang ada," ujar Vasiljevs.