Setiausaha Kehormat Kesatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM), Mae Chen, mengesahkan senarai akhir atlet Sukan SEA Kuala Lumpur bagi acara renang dan terjun hanya akan dimuktamadkan pertengahan bulan ini.
Seramai lapan penerjun lelaki dan sembilan wanita yang bakal membawa cabaran negara ke pentas Sukan SEA masih belum dimuktamadkan manakala acara renang akan disenarai pendek sejurus sahaja menilai pencapaian mereka dalam Jelajah Mare Nostrum yang akan beraksi pada 18 Jun ini.
Mae memberi bayangan 16 atlet adalah perenang kebangsaan sementara selebihnya akan dipilih dalam kalangan terbaik daripada kelab dan seluruh negeri.
Bagaimanapun, ASUM telah memuktamadkan empat atlet merangkumi dua lelaki dan dua wanita bagi acara renang terbuka manakala 12 atlet wanita turut dikekalkan dalam acara renang seirama.
"Seramai 17 atlet skuad terjun akan dinamakan untuk Sukan SEA selepas Kejohanan Terjun Asia berakhir, kemungkinannya dalam pertengahan Jun ini.
"Bagi acara renang seirama, kita mempunyai 12 penerjun wanita bertaraf kebangsaan.
"Bagi acara renang terbuka, kita mempunyai calon iaitu Heidi Gan dan Angelina Chan (atlet wanita) sementara kategori lelaki terdiri daripada Kevin Yeap dan Wong Jun Bin," katanya.
Ketua jurulatih renang negara, Paul Birmingham, memberi kepastian tiga atlet yang meraih pingat emas dalam Sukan SEA 2015, iaitu Wong Fu Kang, Welson Sim dan Phee Jinq En tidak akan dikecualikan untuk temasya edisi kali ini.
"Hanya dua peratus daripada senarai skuad renang belum diputuskan lagi.
"Selebihnya, kami hanya perlu menentukan acara yang akan disertai mereka," kata Birmingham.