Chef-de-mission (CDM) kontinjen negara ke Sukan SEA Kuala Lumpur, Datuk Marina Chin, semakin bersemangat untuk merealisasikan misi 'Kita Juara' dalam temasya itu, 19-30 Ogos depan.
Pada masa sama, turut terbit kemahuan daripada Marina untuk membentuk satu legasi baru buat sukan Malaysia.
Pada 1977, Marina membentuk legasi tersendiri apabila memulakan langkah dalam menyemat nama sebagai antara olahragawati terulung negara.
Pentas Sukan SEA menjadi medan buat Marina menggarap keterujaan setiap rakyat Malaysia waktu itu menerusi dua pingat emas di Stadium Merdeka.
"Saya menang dan memecah rekod di depan penyokong sendiri. Masa itu, saya berasa sangat bangga kerana ramai yang datang jumpa saya dan mahu bergambar bersama.
"Inilah yang saya beritahu atlet sekarang. Kalau mereka berjaya, kejayaan itu akan diingati sampai bila-bila. Bukan senang untuk mendapat penghormatan sebegitu," katanya.
Marina, bagaimanapun, ibarat ada urusan yang perlu diselesaikan di pentas Sukan SEA kali ini sebagai CDM.
Empat puluh tahun lalu, Malaysia sebagai tuan rumah menamatkan kempen di kedudukan kelima daripada tujuh negara bertanding.
Kegagalan sama sekali tidak bermain di fikiran Marina apabila berasakan atlet negara yang berjuang Ogos nanti akan menjulang Malaysia sebagai juara keseluruhan.
"Saya tahu matlamat kita adalah muncul juara keseluruhan. Saya yakin, sasaran itu tidak mustahil. Selepas melihat persiapan setiap atlet, saya yakin mereka mampu memikul tanggungjawab itu."
Marina berasakan kelompok atlet dalam kempen kali ini akan terus mengorak langkah ke pentas lebih tinggi, Sukan Asia dan Komanwel 2018, seterusnya Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Lebih menarik seperti ditekankan Marina berulang kali, nantikan kelahiran bintang baru daripada pentas Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 yang akan terus mendukung setiap aspirasi negara.
"Kalau kita muncul juara di Kuala Lumpur, mereka yang meraih pingat emas itu akan meneruskan momentum untuk ke Sukan Olimpik Tokyo."
"Bagi saya, Sukan SEA Kuala Lumpur adalah batu loncatan terbaik bagi atlet yang mahu berjaya di pentas dunia," tambahnya.