Tidak keterlaluan untuk skuad gimrama negara menyasarkan enam pingat emas di pentas Sukan SEA Kuala Lumpur, Ogos ini meskipun mereka sekadar berpuas hati dengan dua pingat emas di Singapura, dua tahun lalu.
Skuad negara positif dengan sasaran berkenaan di mana sewaktu Sukan SEA Singapura, Malaysia sepatutnya mampu merangkul lebih daripada dua pingat emas.
Namun, atas faktor tuan rumah, Malaysia terpaksa berpuas hati dengan pencapaian itu dan positif tidak akan berdepan masalah kali ini untuk menyaingi negara seperti Thailand dan Singapura, sekali gus mencapai sasaran yang ditetapkan.
Atlet seperti Amy Kwan dan Shak Yuk adalah antara yang diletakkan sebagai sandaran utama dan perlu memastikan prestasi yang konsisten sebelum pemilihan akhir dimuktamadkan pada hujung Jun depan.
Pengurus pasukan gimrama, Dr. Farrah Hani Imran, menuntut atlet-atlet memberikan aksi yang terbaik tanpa mengira jumlah pingat yang ditawarkan.
"Ia adalah kuasa tuan rumah dalam menentukan beberapa pingat yang akan dikemukakan.
"Sebagai atlet, mereka hanya perlu tampilkan aksi terbaik dan meraih seberapa banyak jumlah pingat yang ada," kata Farrah.
Ketua jurulatih, Alisa Ajimirova, menganggap anak buahnya kini di landasan sebenar mempersiapkan diri, apatah lagi selepas mereka turut mendapat khidmat latihan daripada pakar luar negara, iaitu Jepun dan Russia, sejak awal tahun ini.
"Kami mengambil berat tentang kejohanan ini dan beberapa khidmat individu berpengalaman juga dibawa dalam usaha untuk meraih keputusan yang disasarkan," kata Alisa.