Skip to main content

Sukan Lain

Sukan SEA: Sasaran 109 pingat emas tidak cukup

dr-faithal.jpg
Pemerhati sukan, Dr Mohamad Faithal Hassan, meramalkan 109 pingat emas tidak cukup untuk membantu Malaysia muncul juara keseluruhan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 ketika Majlis Sukan Negara (MSN) masih berteka-teki mengenai sasaran sebenar kontinjen negara. 

MSN semakin tertekan selepas beberapa negara jiran mengumumkan sasaran rasmi mereka ke temasya itu, bulan depan.

Pencabar utama, Thailand mengumumkan sasaran 100 pingat emas bagi mempertahankan gelaran juara keseluruhan.

Semua 38 persatuan sukan kebangsaan sudah pun membentangkan sasaran pingat mereka semalam, namun MSN enggan mendedahkannya.

Ia petanda sasaran awal 109 emas seperti tidak memadai untuk Malaysia merampas gelaran juara keseluruhan dalam temasya dwitahunan itu yang dianjurkannya sendiri.

"Awalnya sasaran negara adalah sebanyak 109 pingat emas tetapi Thailand telah menetapkan 100 pingat emas.

Secara peribadi, saya mencadangkan sasaran itu sewajarnya ditukar kepada 115 pingat emas. Insya-Allah sasaran itu mampu dicapai," jelas Faithal.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, dijangka mengumumkan sasaran rasmi kontinjen negara, minggu depan.

Sasaran itu penting untuk menentukan hala tuju Malaysia dalam temasya sukan terbesar di Asia Tenggara itu.
 

Advertisement

Must Watch Video