KL2017

Sukan SEA: Sambutan Aidilfitri secara sederhana buat Juwaidi

Stadium Astro
Penulis Jemputan
23/06/2017
05:30 MYT
Sponsor Banner
Sukan SEA: Sambutan Aidilfitri secara sederhana buat Juwaidi
Persiapan sambutan Hari Raya Aidilfitri secara sederhana sahaja dilakukan oleh atlet memanah compound negara, Mohd Juwaidi Mazuki, tatkala misi besar menanti dirinya dalam Kejohanan Memanah Piala Asia siri ketiga di Taiwan bermula 4 Julai ini.
Bagi Juwaidi, saingan Piala Asia begitu penting untuknya kerana ia merupakan kejohanan terakhir bagi acara berpasukan sebelum Sukan SEA, Ogos depan.
Cukup untuk meraih sekurang-kurangnya satu pingat di Taiwan di mana dia mengharapkan negara Korea Selatan juga akan turun padang untuk mendapatkan saingan kompetitif.
Sudah pasti, Juwaidi yang merupakan pemenang pingat emas Sukan SEA 2015 bersama gandingan Zulfadhli Ruslan dan Lee Kin Lap, tidak mahu gelaran mereka dirampas dalam temasya edisi ini.
"Kami memiliki sasaran dalam Sukan SEA kali ini. Kami mahu mencipta catatan yang lebih baik kerana ia akan memberikan keyakinan kepada kami," kata Juwaidi.
Hanya melakukan latihan tanpa sebarang kejohanan sepanjang bulan Ramadan, Juwaidi menyifatkan pencapaiannya kini semakin postif dalam mempersiapkan diri mengharungi satu lagi acara individu dalam Sukan Dunia di Poland, pertengahan bulan depan.
"Kami akan menguji kebolehan kami dalam kejohanan-kejohanan akan datang sebagai persiapan terakhir ke Sukan SEA nanti."
Topic Berkaitan
Must-Watch Video