KL2017
Sukan SEA: Sambutan Aidilfitri atlet negara sederhana
Dalam riang ria barisan atlet negara menyambut lebaran pada tahun ini, tugas berat menanti mereka sejurus selepas itu apabila detik untuk menghadapi Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017 semakin hampir.
Sama seperti masyarakat Malaysia yang lain, atlet negara yang beragama Islam tetap menantikan pagi Syawal dengan penuh kenikmatan, namun dalam masa sama Aidilfitri tahun ini disambut secara sederhana.
Walaupun dalam keadaan bercuti, mereka masih perlu mengekalkan fokus kerana Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN bakal berlangsung tidak lama lagi.
Iklan
Antara yang memberi amanat adalah Ketua Pengarah, Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail, yang mengharapkan barisan atlet mampu menjaga diri mereka meskipun ketika sedang berhari raya.
"Selepas tamat cuti hari raya, mereka akan kembali menjalani latihan dan nasihat saya kepada atlet-atlet supaya sentiasa berhati-hati dan memastikan prestasi berada di tahap terbaik," katanya.
Bagi barisan atlet negara, mereka menyedari tanggungjawab yang dipikul dan mengharapkan temasya Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN di Kuala Lumpur akan menjadi satu edisi yang gemilang buat diri mereka.
Must-Watch Video