BOLING PADANG
Sukan SEA: Safuan idam emas boling padang
Pemain boling padang negara, Safuan Said, akan mengetuai cabaran negara dalam acara empat sepasukan (force) dalam Kejohanan Pra-Sukan SEA di gelanggang yang baru siap dibina di Bukit Kiara, Kuala Lumpur.
Tugas berat menanti Safuan selepas terpilih dalam Program Kita Juara.
Bekas juara dunia itu akan mengetuai pemain boling padang negara menghadapi pencabar seperti Singapura dan Indonesia bagi menilai peluang memburu empat pingat emas Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, bulan depan.
Iklan
Lebih menarik, mereka akan bertanding di venue boling padang yang baru siap dibina.
"2017 adalah tahun ke-20 saya menceburi bidang boling padang ini.
"Saya mahukan sesuatu yang terbaik sebagai hadiah dan berasakan emas adalah satu-satunya yang saya impikan.
"Pra-Sukan SEA adalah langkah terbaik untuk saya membuktikan kemampuan membimbing pasukan dalam kategori force yang pertama kali dipertandingkan dalam Sukan SEA," katanya.
Skuad boling padang menyasarkan empat daripada lapan emas yang akan dipertandingkan nanti.
Kali terakhir acara ini dipertandingkan adalah di Korat 2007 yang menyaksikan Malaysia meraih empat daripada enam emas yang dipertandingkan.
Must-Watch Video