Pelari 110 meter berpagar negara. Rayzamshah Wan Sofian, sedia berdepan musuh ketat, Jamras Rittidet dari Thailand, yang mengesahkan penyertaan dalam Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 biarpun dikhabarkan sudah bersara.
Pada awalnya, Rittidet dikatakan bersara selepas meraih pingat emas keempat dalam Sukan SEA Singapura dua tahun lalu.
Begitupun, penampilannya ketika meraih perak dalam Terbuka Thailand, bulan lalu, membuktikan raja 110m berpagar Asia Tenggara itu masih lagi aktif dan pantas.
Terbaru, Rittidet mengesahkan penyertaan dalam Sukan SEA dari 19 hingga 30 Ogos depan, sekaligus dijangka menjadi penghalang utama Rayzam untuk merangkul emas di Stadium Nasional, Bukit Jalil.
"Saya akan meneruskan latihan saya dan tidak gentar dengan kelibatnya.
"Saya mampu membuat catatan terbaik dalam Sukan SEA.
"Saya akan memberikan usaha 120 peratus dalam perlumbaan Sukan SEA nanti," katanya.
Rayzam masih segar dengan kejayaan memecah rekod kebangsaan dengan 13.67 saat, Mei lalu.
Namun, catatan masa itu ketinggalan kepada catatan peribadi terbaik Rittidet, 13.61 saat, yang dilakukannya dalam Sukan Asia 2014.
Pertembungan Rayzam dan Rittidet itu dalah antara tarikan utama acara olahraga Sukan SEA yang menawarkan 46 emas.