Peluang terbuka luas buat pelari 110 meter berpagar negara, Rayzam Shah Wan Sofian, untuk meraih pingat emas Sukan SEA Kuala Lumpur, Ogos ini selepas memecahkan rekod kebangsaan dengan catatan 13.67 saat ketika menyertai satu kejohanan di Jerman.
Rayzam menamatkan penantian 23 tahun untuk memecahkan rekod 110m berpagar kebangsaan, 13.73s, milik Nurherman Majid.
Pelari berusia 29 tahun ini mencatat 13.67s ketika menjuarai Final B Gala Kurpfaiz di Weinheim, semalam.
Ini bermakna Rayzam mengukuhkan statusnya sebagai atlet ranking no.1 Asia Tenggara dalam acara berkenaan.
Pelari kelahiran Sabah ini mengakui faktor utama kejayaannya itu ialah berlatih di bawah bimbingan jurulatih kelahiran Jerman, Jan Erasmus May.
"Kejayaan yang bermakna ini datangnya daripada jurulatih saya, Jan May dari Jerman. Dia banyak mengajar saya teknik baru, terutama daripada aspek kelajuan dan ketahanan. Disebabkan dia juga, saya berjaya memecahkan rekod kebangsaan berusia 23 tahun milik Nurherman Majid," ujar Rayzam.
Rayzam pernah mendapat bimbingan May pada 2010 sebelum kembali ke pangkuan jurulatihnya di Sabah, Raymei Abu Bakar.
Dia kembali ke pangkuan May pada 2015 hingga berjaya memecah rekod kebangsaan.
Untuk rekod, Rayzam pernah meraih emas Sukan SEA 2007 di Thailand.
Namun, sejak itu dia dibayangi jaguh Thailand, Jamras Rittedet, yang mengumumkan persaraan Mac lalu.
Sementara itu, ketua jurulatih olahraga negara, Zainal Abas, positif Rayzam mampu meningkatkan potensinya untuk layak secara merit ke Kejohanan Dunia di London bersama jaguh lompat tinggi, Nauraj Singh, Ogos depan.
Rayzam perlu mencatat masa sekurang-kurangnya 13.48s dan peluangnya masih terbuka apabila bakal menyertai Kejohanan Trek dan Padang Asia di India bermula 6 Julai depan.
"Kelayakan untuk ke Kejohanan Dunia masih jauh, iaitu 13.48s. Jadi, kita harap dalam kejohanan akan datang, dia akan mampu mencapai catatan tersebut agar layak ke Kejohanan Dunia. Dia masih ada tempoh sebulan untuk melakukannya," jelas Zainal.
Pada masa sama, Zainal turut menegaskan agar barisan atlet olahraga menitikberatkan aspek mengelakkan kecederaan menjelang Sukan SEA.
Mereka harus berwaspada dan tidak mengambil mudah kecergasan diri dalam setiap latihan dan mana-mana kejohanan yang disertai ketika ini.
"Keadaan mampu berubah tidak kira masa. Jika atlet leka, mereka mampu terdedah kepada risiko kecederaan," tambahnya.