Impian skuad recurve wanita negara yang diketuai Nur Aliya Ghapar untuk mencipta sejarah meraih pingat sulung Piala Dunia musnah apabila tidak tersenarai dalam siri kedua di Antalya, Turki, biarpun mencipta sensasi dalam kejohanan sama minggu lalu.
Buat kali pertama dalam tempoh 11 tahun, skuad recurve wanita negara berjaya mara ke penentuan pingat gangsa dalam Piala Dunia.
Mereka tewas 6-0 di tangan tuan rumah, China, namun ia pencapaian hebat selepas sekian lama ditenggelami kehebatan pemanah lelaki negara.
Begitupun, impian meneruskan momentum tidak kesampaian apabila mereka tidak tersenarai ke Antalya.
"Kejohanan di Shanghai merupakan pencapaian pertama kami dapat mara ke final dalam penentuan gangsa.
"Kadang-kadang, kami berasa tidak puas hati jugalah kerana keputusan yang kami capai memberangsangkan," kata Nur Aliya.
Punca mereka tidak ke Antalya ialah kerana program latihan dan kejohanan yang sudah dirangka awal oleh Majlis Sukan Negara (MSN) dan Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM).
Ini bermakna Malaysia hanya akan diwakili skuad lelaki negara yang diketuai Khairul Anuar Mohamad.
"Dalam aksi suku akhir, kami menang ketika berdepan dengan pemenang gangsa Sukan Olimpik 2016 (Le Chien-ying, Lin Shih-chia dan Tan Ya-ting dari Taiwan).
"Oleh itu, saya berasakan dalam Sukan SEA nanti, kami mampu memenangi emas," ujar Loke Shin Hui pula.
Dalam pada itu, Nur Afisa Abd Halim mahu menggunakan pengalaman beraksi dalam final siri pertama Piala Dunia untuk memperbaiki panahan mereka.
"Kami akan cuba memperbaiki kekurangan kami di Shanghai apabila berlatih di sini selepas mengharungi pengalaman beraksi dalam final buat kali pertamanya."