Ketua pasukan polo air lelaki negara, Khoo Tiong Jinn, akan mengetuai misi menamatkan kemarau 12 tahun tanpa sebarang pingat dalam Sukan SEA Kuala Lumpur ketika Malaysia akan menurunkan ramai atlet muda, termasuk yang berusia 15 tahun.
Skuad polo air negara akan turun selaku underdog di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil, dalam temasya pada bulan depan.
Kali terakhir Malaysia meraih pingat ialah di Manila pada 2005, iaitu pingat gangsa.
Dalam edisi ini, tuan rumah menurunkan ramai atlet yang membuat penampilan sulung dalam Sukan SEA, termasuk Thor Yi Siang.
"Separuh daripada pemain skuad ini terdiri daripada muka baru dalam Sukan SEA.
"Saya berharap kami dapat memenangi medal selepas 12 tahun agar kami dapat mengangkat semula nama sukan polo air," kata Tiong Jinn.
Bagi Yi Siang yang baru mencecah usia 15 tahun, dia tidak akan melepaskan peluang dan tidak gentar untuk memperkuatkan pasukan negara dengan berkata: "Saya berharap dapat membantu negara memenangi medal selain meraih lebih banyak pengalaman dalam kejohanan."
Singapura mendominasi acara ini apabila muncul juara dalam edisi lalu selain kehebatan Indonesia dan Thailand.
Sementara itu, skuad wanita negara dilihat lebih berpeluang meraih pingat.
Malaysia meraih gangsa pada 2011 di Indonesia sebelum meraih tangga keempat di Singapura, dua tahun lalu.
"Kebanyakan pemain akan beraksi buat pertama kali di depan penyokong sendiri.
"Oleh itu, penyokong merupakan motivasi terbaik kami untuk meraih kilauan medal," kata pemain wanita, Mak Sin Sin.