Pesilat wanita negara, Siti Rahmah Mohd Nasir, enggan menjadikan kes wabak denggi yang makin menular di sekitar venue Sekolah Sukan Bukit Jalil sebagai alasan untuk atlet tidak menjalani sesi latihan seperti biasa.
Juara Silat Dunia 2017 itu tidak menafikan kegusaran yang melanda semua atlet terhadap penularan wabak berkenaan.
Dia menyifatkan senario itu tidak boleh dipandang mudah dan kini menjadi tanggungjawab masing-masing dalam menjaga kesihatan dan melakukan pencegahan sendiri, khususnya di kawasan kediaman yang turut menjadi venue latihan buat sukan silat.
Bagi Rahmah, sesi latihannya masih tidak terjejas setakat ini dalam persiapan mereka untuk menghadapi Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, Ogos depan.
"Sesiapa un boleh dijangkiti denggi. Mana-mana kita pergi pun terdapat kes denggi.
"Malahan, kes denggi di CAS MSN (Penginapan Majlis Sukan Negara) menjadi bualan hangat.
"Oleh itu, kita seharusnya menjaga kebersihan persekitaran.
"Kita perlu ambil langkah percegahan dan bersikap lebih bertanggungjawab," katanya.
Selepas berkampung di Gunung Tahan selama 10 hari, bulan lalu, barisan pesilat negara bakal ke Yala, Thailand, pada 8 Februari ini untuk kem latihan dan perlawanan persahabatan bersama pesilat di sana selama seminggu.
"Atlet Thailand merupakan antara pencabar hebat. Dari situ, mungkin kami dapat menguji teknik kami.
"Ini satu peluang baik buat atlet silat negara."