Skip to main content

Sukan Lain

Sukan SEA: Pertukaran format tidak jejas semangat skuad bola keranjang negara

sukan-sea-pertukaran-format-tidak-jejas-semangat-skuad-bola-keranjang-negara.png
Skuad bola keranjang wanita negara kekal bersemangat dengan misi mempertahankan pingat emas dalam Sukan SEA Kuala Lumpur di sebalik kemungkinan besar berlakunya pertukaran format saingan dalam temasya itu.

Ketua jurulatih negara, Yoong Sze Yuin, mengetahui apa ertinya untuk memenangi pingat emas sebagai skuad tuan rumah.

Pengalaman beraksi sebagai pemain tonggak pada edisi 2001 ketika Malaysia menganjurkan Sukan SEA buat kali terakhir menjadi bekalan untuk memimpin anak buahnya mengharungi kempen di laman sendiri.

Atas dasar itu, Sze Yuin menyedari bagaimana untuk menangani tekanan mengekalkan pingat emas sambil menyuntik motivasi anak buahnya beraksi bersandarkan sokongan peminat sukan tanah air.

"Saya sudah cuba mendapatkan bantuan daripada Institut Sukan Negara (ISN) untuk membantu meningkatkan psikologi pemain-pemain saya bagi menghadapi cabaran Sukan SEA nanti," katanya.

Penyertaan lebih banyak negara dalam saingan edisi kali ini bakal menyaksikan perubahan format daripada round robin kepada berkumpulan dan kalah mati.

"Anda perlu memenangi setiap perlawanan dalam saingan round robin berbanding aksi peringkat kumpulan. Anda boleh mengumpul mata untuk layak ke pusingan seterusnya. Bagaimanapun, dalam sukan bola keranjang, kemenangan dalam setiap perlawanan sangat penting.

"Dalam sejarah Sukan SEA, ia sudah menjadi lumrah sasaran kami adalah memenangi pingat emas dan kami akan cuba untuk mengulanginya tahun ini," katanya.

Advertisement

Must Watch Video