Pengurus skuad menembak kebangsaan, Datuk Sabiahmad Abdul Ahad, mengesahkan sudah memuktamadkan senarai akhir penembak untuk Sukan SEA, Ogos ini, tetapi enggan mendedahkan butirannya.
Persatuan Menembak Kebangsaan Malaysia (NSAM) mengadakan perjumpaan dengan Majlis Sukan Negara (MSN), hari ini, bagi memutuskan senarai akhir atlet ke temasya itu selepas Kejohanan Menembak Asia Tenggara (SEASA) berakhir semalam.
Pemilihan atlet menembak ke Sukan SEA adalah berdasarkan pencapaian terbaik seseorang atlet itu daripada tiga kejohanan tahun ini, iaitu Trofi Tun Hanif, Trofi Ally T.H. Ong dan SEASA tetapi difahamkan ada kejutan berlaku terhadap senarai akhir itu.
"Saya mencalonkan dua penembak bagi setiap kategori. Bagi 11 acara, ia menjadi 22 penembak. Pemilihan berdasarkan prestasi semasa dan disiplin," katanya.
Mesyuarat turut membincangkan program latihan skuad menembak di Korea Selatan selama 45 hari bermula 18 Mei ini.
Program berkenaan diberikan kepada atlet program 'Kita Juara' untuk mengetepikan jaguh prone negara, Muslifah Zulkifli.
Difahamkan Nur Ayuni Farhana Abdul Halim juga belum menerima pengesahan untuk menyertai latihan itu setakat ini.