Selepas sekian lama menanti, gelanggang ais di Empire City di Damansara Perdana sudah sedia untuk menyambut kehadiran barisan atlet yang dalam persiapan ke Sukan SEA, 19-30 Ogos ini.
Skuad hoki ais negara adalah antara pasukan terawal yang dapat menguji gelanggang ais itu dengan meneruskan siri perlawanan persahabatan dengan pasukan Taiwan.
Sekalipun berlaku kelewatan dan penangguhan untuk menguji gelanggang tersebut, mereka melahirkan rasa puas hati selepas melihat keadaan gelanggang dan kemudahan yang mengikut spesifikasi ditetapkan untuk menganjurkan kejohanan.
"Buat masa ini, kami telah menyiapkan keseluruhan fasiliti dan kami sudah pun menyerahkan kepada pihak persatuan bagi membenarkan atlet hoki ais dan figure skating untuk menjalani latihan.
"Kami menjangkakan persiapan ini mengikuti jadual yang telah ditetapkan," kata Pengurus Gelanggang Sukan SEA Kuala Lumpur, Onn Norshal Hamzah.
Bagi jurulatih dan barisan pemain, ia satu penyuntik semangat untuk mereka bagi menyesuaikan diri sebelum bermulanya temasya itu.
Tiada lagi alasan untuk diberikan, sebaliknya mereka akan berusaha menyumbangkan pingat buat negara bagi membantu mencapai misi muncul juara keseluruhan.
"Kami sangat berpuas hati kerana akhirnya pemain saya ada gelanggang sendiri untuk menjalani latihan. Gelanggang hampir siap jadi mereka tiada alasan lagi," kata jurulatih skuad hoki ais negara, Kristof Kovago.
Sementara itu, pemain negara, Shukri Shaharuddin, berkata: "Gelanggang ini memang yang terbaik setakat ini, siap ada bilik persalinan tersendiri. Gelanggang ais juga baik."
Selain hoki ais, acara luncur ais juga akan menggunakan gelanggang itu.
Sebagai persiapan terakhir, skuad hoki ais negara telah menjalani lima perlawanan persahabatan dengan pasukan Taiwan, bermula pada 3 Julai lalu.
Bagaimanapun, skuad negara tewas dalam kesemua perlawanan.
Keputusan perlawanan:-
• 3 Jul: Mas 5 - 9 Taiwan
• 4 Jul: Mas 7 - 8 Taiwan
• 5 Jul: Mas 5 - 9 Taiwan
• 6 Jul: Mas 5 - 10 Taiwan
• 7 Jul: Mas 6 - 9 Taiwan