Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Lokman Hakim Ali, lega apabila venue acara luncur ais Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dijangka siap bulan depan, malah menepati spesifikasi Kesatuan Luncur Ais Antarabangsa (ISU) untuk melayakkan Malaysia menganjurkan kejohanan dunia.
Beberapa pegawai utama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) hari ini melawat venue luncur ais yang menawarkan sembilan pingat emas dalam temasya dari 19 hingga 30 Ogos depan.
Sebelum ini, wujud kebimbangan venue ini terlewat untuk disiapkan daripada jadual asal.
Namun, kebimbingan itu meleset kerana kontraktor memberi jaminan bahawa fasa pertama akan disiapkan mengikut jadual dan akan diserahkan bulan depan.
"Daripada segi jadual, saya ke sini agak kerap bagi memastikan ia sempat disiapkan dalam masa yang ditetapkan.
"Dalam masa yang sama juga, saya perlu memastikan kelengkapan-kelengkapannya lengkap untuk menjadi gelanggang luncur ais dan hoki ais dalam Sukan SEA nanti," kata Lokman.
Pegawai ISU turut hadir untuk menilai venue itu mengikut spesifikasi antarabangsa.
Ia penting untuk menentukan adakah Malaysia mampu menganjurkan kejohanan besar seperti Piala Dunia atau kejohanan dunia.
"Setakat ini, kriteria yang ditetapkan ISU berjaya dipenuhi, iaitu merangkumi saiz dan bentuk yang diperlukan.
"Ia berjalan dengan lancar dan kami gembira mengenainya," kata Pengarah Sukan ISU, Hugo Herrnhof.
Untuk itu, skuad negara mempunyai tempoh selama dua bulan untuk menyesuaikan diri.