Skip to main content

Sukan Lain

Sukan SEA: Pemanah keempat diumum Jumaat

memanah-280617.jpg
Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM) dan Majlis Sukan Negara (MSN) akan mengumumkan pemanah keempat yang akan membarisi skuad memanah kebangsaan pada Jumaat ini menjelang Sukan SEA, Ogos depan. 

Persoalan timbul apabila NAAM hanya perlu membawa sama ada Ikram Joni ataupun pemanah muda, Zarif Syahir.

Setiausaha Kehormat NAAM, Datuk Abdul Hamid Hasan, berkata pihaknya mahu memastikan setiap pemanah yang mewakili negara mampu menggalas cabaran dalam Sukan SEA memandangkan mereka menetapkan empat emas daripada sukan memanah sebagai sasaran.

“MSN menyambut baik pertukaran tersebut dan mereka akan membuat kajian semula, termasuk daripada segi pencapaian dan disiplin,,” ujarnya.

Jika mengikut pencapaian tahun ini, Zarif tampak lebih menonjol dengan kejayaan meraih emas dalam Kejohanan Memanah Asia Tenggara di Yangon menerusi acara individu dan berpasukan, Januari lalu.

Bagi Zarif, jika namanya tersenarai, ia bakal menjadi penampilan pertamanya dalam temasya dwitahunan itu.

“Saya rasa agak gemuruh kerana Sukan SEA adalah salah satu sasaran saya.

“Namun jika tidak terpilih, saya sedar saya perlu berusaha keras untuk memastikan tempat dalam edisi seterusnya,” katanya.

Senarai akhir 16 pemanah akan dihantar ke Majlis Olimpik Malaysia (MOM) lusa. 

Advertisement

Must Watch Video