Senarai akhir atlet ke Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dari 19 hingga 30 Ogos depan yang diberikan oleh Persatuan Menembak Kebangsaan Malaysia (NSAM) kepada Majlis Sukan Negara (MSN) menimbulkan tanda tanya berhubung nasib dua penembak, Muslifah Zulkifli dan Nur Ayuni Farhana Abdul Halim.
Senarai nama 21 atlet telah pun diputuskan oleh NSAM dalam perjumpaan bersama MSN, semalam.
Enggan mendedahkan butiran lanjut, Pemangku Pengarah Bahagian Atlet MSN, Jefri Ngadirin, hanya mengesahkan atlet yang dipilih adalah berdasarkan pencapaian yang diraih, khususnya dalam Kejohanan Menembak Asia Tenggara (SEASA) 3-12 Mei lalu.
Ini menguatkan lagi teka-teki Nur Ayuni dan Muslifah mungkin tidak tersenarai, apatah lagi mereka berdua gagal memperolehi sebarang pingat bagi acara individu.
"Berdasarkan pemilihan yang dibuat semalam, kami berasakan bahawa penembak-penembak yang menunjukkan prestasi yang memuaskan dalam SEASA yang baru sahaja berakhir boleh diberi tanggungjawab menggalas tugas negara dalam Sukan SEA nanti," katanya.
Seandainya Nur Ayuni dan Muslifah tidak disenaraikan untuk Sukan SEA, ia pasti satu kejutan kepada skuad menembak negara.
Nur Ayuni tidak berselindung bahawa dirinya bakal tersisih daripada beraksi dalam Sukan SEA andai pihak persatuan menilai pencapaiannya dalam Kejohanan SEASA.
Dia yang masih belum mendapat makluman berhubung senarai akhir oleh NSAM itu mengakui prestasinya agak merudum susulan kegagalan meraih sebarang pingat dalam saingan itu.
"Kalau berdasarkan SEASA baru-baru ini, saya memang tak layak ekoran prestasi buruk.
"Terus terang, bidikan saya adalah teruk ketika itu.
"Terserah kepada NSAM untuk membuat pilihan, saya tidak boleh berbuat apa-apa," katanya ketika dihubungi.
Berbeza pula dengan Muslifah yang percaya ia satu kerugian buat negara jika namanya digugurkan.
"Peluang itu ada tapi saya tidak pasti kalau NSAM mempunyai agenda tersendiri.
"Kalau berdasarkan keputusan, saya memang layak.
"Adakah mereka mahu atlet mencapai kemuncak prestasi dalam SEASA atau Sukan SEA nanti?
"Hanya kerana kemenangan dalam SEASA, anda tidak boleh katakan mereka 100 peratus mampu memenangi emas dalam Sukan SEA," ujarnya.
Dua penembak elit itu juga masih tidak dimaklumkan apa-apa mengenai perancangan skuad negara untuk menjalani latihan pusat selama 45 hari di Korea Selatan bermula 18 Mei ini.