Skip to main content

Sukan Lain

Sukan SEA: MTBC umum skuad boling negara

7517nathan.jpg
Tiada kejutan dalam senarai akhir skuad boling kebangsaan untuk menghadapi Sukan SEA bulan depan, dengan barisan penuh berpengalaman menjadi sandaran dalam misi melaksanakan sasaran awal, iaitu tiga pingat emas.

Persaingan yang cukup hebat dalam bahagian lelaki dan wanita skuad kebangsaan menyaksikan slot ke Sukan SEA menjadi rebutan.

Beberapa kejohanan bermula lewat tahun lalu menjadi medan pengukur prestasi masing-masing bagi memastikan mereka menjadi pilihan ketua jurulatih, Holloway Cheah.

Jawatankuasa Pemilihan Kongres Boling Tenpin Malaysia (MTBC) mengumumkan senarai akhir skuad Sukan SEA hari ini dengan Alex Liew mengetuai skuad lelaki yang turut dibarisi pemenang emas individu Sukan SEA 2015 Singapura, Rafiq Ismail.

Skuad wanita menyaksikan atlet berpengalaman, Shalin Zulkifli, antara yang mendapat tempat di samping Sin Li Jane dan Esther Cheah.

"Tiada kesukaran, tiada kontroversi. Mereka memilih diri mereka sendiri berdasarkan persembahan sejak setahun lalu dalam kejohanan antarabangsa dan tempatan," kata Presiden MTBC, Datuk P.S. Nathan.

Sementara itu, pemain boling kebangsaan, Syafiq Ridhwan Abdul Malik, berkongsi rasa teruja kerana dapat mengibarkan cabaran negara dalam temasya itu.

"Saya sangat gembira dapat bermain dalam Sukan SEA ini. Saya rasa persiapan kami baik dengan skuad lelaki menunjukkan komitmen tinggi," kata Syafiq.

Senarai skuad lelaki:

1. Syafiq Ridhwan
2. Ahmad Muaz Mohd Fishol 
3. Alex Liew
4. Rafiq Ismail 
5. Timmy Tan
6. Andrian Ang

Senarai skuad wanita:

1. Sin Li Jane 
2. Natasha Roslan 
3. Esther Cheah 
4. Shalin Zulkifli 
5. Siti Safiyah Amirah 
6. Syaidatul Afifah 
 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video