Skip to main content

Sukan SEA

Sukan SEA: MSN tidak hirau sasaran pesaing lain

shapawi.jpg
Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail, tidak panik dengan tindakan negara peserta Sukan SEA seperti Thailand yang mengumumkan sasaran pingat yang tinggi untuk menjuarai temasya itu bulan depan.

Strategi menjuarai Sukan SEA 2017 semakin hangat selepas 38 persatuan sukan membentangkan sasaran pingat mereka.

Beberapa pemerhati meramalkan 109 emas sudah memadai untuk Malaysia muncul juara keseluruhan.

Namun, angka itu mungkin meningkat selepas Thailand mengumumkan sasaran 100 emas sambil beberapa negara lain berpotensi memecahkan dominasi Malaysia.

"Ini adalah secara kasar dan jika dilihat pada Thailand, mereka meletakkan sasaran 100 pingat emas.

"Jadi, kami harus meletakkan sasaran yang lebih tinggi berbanding mereka dalam usaha untuk menjuarai Sukan SEA kali ini," katanya.

Acara berbasikal menjadi sandaran utama dengan sasaran 15 emas.

Ia menerusi skuad basikal trek yang diketuai juara keirin dunia, Azizulhasni Awang.

"Kami yakin dengan sasaran kami dan buat masa sekarang, semua atlet sudah bersiap sedia," kata pengurus skuad berbasikal negara untuk Sukan SEA 2017, Omar Saad.

Untuk rekod, Thailand selaku juara bertahan Sukan SEA juga adalah negara paling berjaya dalam sejarah temasya sukan itu.

Malaysia pula pernah muncul sekali sebagai juara keseluruhan ketika menjadi tuan rumah pada 2001.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video