Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) sedia menerima jumlah petugas media yang dijangka terbesar dalam sejarah Sukan SEA dengan pelancaran Pusat Media Utama (MPC) dan Pusat Penyiaran Antarabangsa (IBC) di bangunan itu hari ini.
Seramai 2,933 petugas media yang merangkumi wartawan, jurugambar, jurukamera serta pasukan hos penyiar akan terbabit dalam Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.
Jumlah itu hampir tiga kali ganda lebih besar berbanding edisi dua tahun lalu di Singapura.
Lantas, kemudahan terbaik amat diperlukan bagi memastikan kelancaran dalam setiap laporan dan itu keyakinan yang disuarakan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.
"Saya sangat gembira dengan kemudahan untuk media, membuka secara rasmi MPC dan IBC yang menjadi nadi kepada semua liputan media untuk KL2017.
"Kita ada MPC yang berkapasiti 744 tempat bekerja dan IBC yang boleh menempatkan studio untuk semua penyiar," kata Khairy selepas majlis pelancarannya hari ini.
Hadir sama Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja'afar, dan Ketua Pegawai Eksekutif Jawatankuasa Pengelola Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (MASOC), Datuk Seri Zolkples Embong serta Pengurus Besar Astro Arena, John Nienaber, sebagai mewakili hos penyiar rasmi.
Khairy turut meluangkan masa meninjau kemudahan yang disediakan.
Dalam pada itu, Tunku Imran berharap tiada insiden yang dapat mencemarkan semangat kesukanan sepanjang berlangsungnya temasya dwitahunan ini.
"Kita tidak mahu sebarang kes berlaku seperti dalam Kejohanan Olahraga Dunia di mana penonton mengejek atlet ketika kejohanan berlangsung.
"Kami mahu pastikan tiada cela-mencela sepanjang temasya berlangsung kerana sebagai penganjur, kami mahu semua berjalan lancar," katanya.
Selain berfungsi sebagai MPC dan IBC, MITEC juga menjadi venue kepada sukan tinju, lawan pedang, muay, hoki dalam dewan, ping pong, gimnastik, bola tampar dan angkat berat.