Chef-de-misson (CDM) kontinjen negara ke Sukan SEA Kuala Lumpur, Datuk Marina Chin, enggan melihat skuad bola jaring negara berputih mata sekali lagi dalam misi memburu pingat emas selepas tewas tipis kepada Singapura dalam temasya itu pada 2015.
Marina sedar dengan kekecewaan yang melanda barisan pemain bola jaring negara apabila tewas tipis 43-46 pada ketika itu.
Dua tahun lalu, acara bola jaring dipertandingkan dalam temasya Sukan SEA buat kali pertama selepas 14 tahun, dengan Malaysia merupakan pemenang pingat emas pada edisi 2001 di Kuala Lumpur.
Sehubungan itu, Marina yang melawat venue latihan skuad negara di Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ), hari ini, percaya mereka mampu merampas kembali kejuaraan kali ini.
"Saya percaya mereka sudah belajar daripada itu kerana kebanyakan pemain skuad dua tahun lalu masih ada," katanya.
"Oleh kerana Sukan SEA berlangsung di Malaysia, mereka turut lebih bersemangat untuk membuktikan bahawa mereka adalah pasukan terbaik di Asia Tenggara."
Kapten pasukan, Nurul Adha Abu Bakar, tidak menolak pasukannya makin mengorak langkah setaraf dengan Singapura yang sering menjadi pesaing paling sengit dalam acara itu.
"Buat masa sekarang, Alhamdulillah, kami sudah berlatih dari Oktober tahun lalu dan pada bulan ini, semuanya nampak berjalan lancar," katanya.
"Ada perubahan dalam pasukan dan kami berharap dapat memberikan yang terbaik dalam Sukan SEA nanti."