Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Datuk Karim Ibrahim, membuat keputusan untuk meningkatkan sasaran pingat Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 kepada sekurang-kurangnya enam emas selepas olahraga menerima penyertaan paling tinggi atlet negara.
Keyakinan KOM semakin tinggi selepas 70 atlet berjaya didaftarkan, termasuk pemenang tiga pingat emas di Singapura 2015, Nauraj Singh (lompat tinggi), Muhammad Hakimi Ismail (lompat kijang) dan Muhammad Irfan Shamsuddin (lempar cakera).
Lonjakan prestasi oleh atlet skuad pecut, baling tukul besi dan acara lompatan turut menjadi pemangkin terhadap keputusan KOM meningkatkan sasaran emas.
"Saya yakin 100 peratus kita mampu meningkatkan pungutan pingat berbanding di Singapura dua tahun lalu.
"Untuk sasaran pingat terbaru ini, saya akan mencadangkan perkara ini kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sebaik berakhirnya Kejohanan Trek dan Padang Asia," jelas Karim.
Sementara itu, jaguh pecut negara, Khairul Hafiz Jantan, akan mengetuai cabaran Malaysia dalam Kejohanan Terbuka Thailand bermula Selasa depan.
Skuad olahraga kemudian akan menyertai Kejohanan Trek dan Padang Asia di India, bulan depan sebelum KOM memutuskan sasaran pingat rasmi.
"Kejohanan itu bakal menjadi penanda aras kemampuan sebenar atlet negara kerana kita bakal berdepan saingan daripada atlet Asia Tenggara," tambahnya.
Terdahulu, Karim menghadiri Majlis Penutup Kursus Kejurulatihan Tahap 1 Persekutuan Olahraga Antarabangsa di Universiti Putra Malaysia.