Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, menetapkan 10 Ogos depan sebagai tarikh pengumuman jumlah sasaran pingat dan pembawa bendera kontinjen negara ke Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.
Teka-teki mengenai hala tuju kontinjen negara bakal terjawab apabila Malaysia bakal berdepan cabaran sengit juara bertahan, Thailand, yang sudah mengumumkan sasaran 100 emas.
Selepas membuat kajian mendalam, Khairy bersedia mengumumkan sasaran pingat dan pembawa bendera kontinjen negara dalam majlis penyerahan Jalur Gemilang kira-kira dua minggu lagi.
"Saya akan mengumumkan sasaran itu kepada kontinjen pada 10 Ogos nanti," kata Khairy.
Berdasarkan perkiraan awal, Malaysia perlu menghampiri 120 emas untuk bergelar juara keseluruhan.
Malaysia hanya sekali pernah menjuarai Sukan SEA, iaitu ketika kali terakhir menjadi tuan rumah temasya 2001.
Identiti pembawa bendera juga cukup menarik perhatian apabila empat atlet negara sudah muncul juara dunia.
Mereka ialah Azizulhasni Awang (basikal trek), Cheong Jun Hoong (terjun), Mohd Ziyad Zolkefli (lontar peluru para) dan Abd Latif Romly (lompat jauh para).
Pada edisi Sukan SEA lalu di Singapura, kontinjen negara merangkul 62 emas untuk berkesudahan di tempat keempat.
Selain juara Sukan SEA lalu, Thailand, yang menyasarkan 100 pingat emas dalam temasya bulan depan, Filipina dan Vietnam masing-masing menetapkan sasaran 50 dan 49 pingat emas.
Indonesia pula tidak meletakkan sasaran.