Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, adalah antara 400 atlet yang perlu menjalani ujian air kencing apabila Agensi Anti Doping Malaysia (Adamas) hampir melengkapkan program kesedaran untuk Sukan SEA, 19-30 Ogos ini.
Tiada pengecualian terhadap mana-mana atlet negara terhadap ujian itu, dengan Adamas sedang meneliti jenis sukan dan senarai atlet sasaran untuk diuji, termasuk individu berprofil tinggi.
Apa yang menarik, Khairy turut tersenarai antara 12 atlet skuad polo negara dalam temasya dwi-tahunan itu.
Berdasarkan kod Agensi Anti Doping Dunia (WADA), semua atlet perlu menjalani ujian doping jika diarahkan bagi memastikan mereka bebas daripada penggunaan bahan terlarang.
"Program penerangan atlet, ia sudah meliputi 95 peratus. Cuma ada empat sukan lagi belum melaluinya. Apabila kami dapat tarikh yang seuai dengan persatuan, kami akan selesaikan program doping ini," kata Ketua Unit Adamas, Nishel Kumar.
"Bagi Adamas, sesiapa sahaja yang berada dalam program ini, kami akan mengujinya. Walaupun berstatus VVIP, bagi kami mereka masih atlet dan kami akan melakukan tanggungjawab."
Setakat tahun ini, Adamas sudah menguji 200 sampel dan semuanya negatif.
Ini petanda peringkat awal program kesedaran Adamas berjaya mencapai sasaran, namun ia bergantung kepada 400 sampel berikutnya.
Kementerian Belia dan Sukan menetapkan beberapa sasaran dalam Sukan SEA, termasuk bebas daripada sebarang kes doping seperti yang dilakukan Singapura, dua tahun lalu.