Skip to main content

Sukan SEA

Sukan SEA: Khairy mahu atlet bebas kecederaan

28717khairy.jpg
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, memberikan peringatan kepada atlet negara agar sentiasa menjaga tahap kecergasan masing-masing agar dapat mengelak daripada ditimpa kecederaan menjelang Sukan SEA Kuala Lumpur.

Berbaki tiga minggu sahaja lagi sebelum berlangsungnya temasya dwitahunan itu, pastinya kesemua atlet yang tersenarai ingin mempersiapkan diri sebaik mungkin.

Begitupun, faktor kecederaan mampu menjejaskan peluang mereka dan perkara ini perlu diberi lebih perhatian.

Antara atlet negara yang dilanda kecederaan sebelum ini ialah atlet angkat berat, Hafifi Mansor, Harrif Salleh daripada sukan berbasikal serta perseorangan badminton wanita negara, Goh Jin Wei.

"Kecederaan sebahagian daripada sukan. Saya berharap atlet-atlet negara dapat memastikan tahap kecergasan masing-masing berada di tahap yang terbaik," kata Khairy.

Dalam pada itu, Khairy menjelaskan kesemua venue pertandingan kini hampir siap sepenuhnya dan yakin tiada sebarang masalah akan timbul sepanjang temasya itu berlangsung kelak.

Hanya beberapa gelanggang lagi sedang dalam proses akhir untuk disiapkan, antaranya venue memanah di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil.

"Terdapat beberapa venue yang telah dilawati dan beberapa perkara yang perlu dilakukan daripada segi penambahbaikan," tambahnya.

Advertisement

Must Watch Video