Ketua Unit, Agensi Anti Doping Malaysia (ADAMAS), Nishel Kumar, mengesahkan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, adalah antara 400 atlet negara yang lulus ujian doping menjelang Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, bulan depan.
ADAMAS lega apabila program kesedaran yang dijalankan sejak tahun lalu mula membuahkan hasil.
Buktinya, tiada seorang pun atlet negara didapati positif bahan terlarang sejak Januari lalu, termasuk mereka yang berstatus kenamaan seperti Khairy.
Ia kejayaan awal untuk mencapai sasaran bebas doping dalam temasya dwitahunan itu.
"Setakat ini, kami sudah uji 400 ratus sampel, termasuk Khairy.
"Setakat ini, semuanya bebas daripada sebarang penggunaan bahan terlarang," kata Nishel.
Atlet yang dikesan positif bahan terlarang berdepan hukuman penggantungan selama empat tahun dan bakal digantung seumur hidup seandainya mengulangi kesalahan sama.
Selepas ini, ADAMAS merancang untuk menjalankan ujian sampel darah bagi atlet sukan berisiko tinggi, termasuk ketika temasya sedang berlangsung.
"Untuk temasya berlangsung memang akan ada ujian darah. Tetapi agar atlet membiasakan diri, kami akan melaksanakan ujian darah sebelum temasya bermula," tambahnya.