Skip to main content

Sukan Lain

Sukan SEA: Khairul Hafiz hampiri tahap terbaik

khairul-hafiz-jantan-170617.jpg
Atlet pecut 100 meter kebangsaan, Khairul Hafiz Jantan, mengakui dia kini semakin menghampiri tahap terbaiknya menjelang Sukan SEA Kuala Lumpur selepas berjaya meraih pingat emas dalam Terbuka Thailand, baru-baru ini. 

Atlet berusia 18 tahun itu merakam catatan 10.31 saat dalam Terbuka Thailand untuk membuktikan bahawa dia masih dianggap pencabar dalam temasya dari 19 hingga 30 Ogos depan. 

Khairul Hafiz berpuas hati dengan pencapaian yang diraih dan kini bertekad meneruskan aksi konsisten dalam Sukan SEA. 

Di Bangkok, Khairul Hafiz turut menewaskan dua pelari berpengalaman Thailand, Jaran Santhoengram dan Jirapong Meenpra. 

"Saya baru mendapatkan semula rentak larian. 

"Di Singapura sebelum ini, saya mengalami kecederaan ringan. 

"Alhamdulillah saya kembali beraksi dan mendapat rentak dengan catatan 10.31 saat.

"Ia adalah catatan yang baik," katanya. 

Jurulatih acara 100m negara, Mohd Poad Md Kassim, percaya Khairul Hafiz berupaya mengekalkan aksi konsistennya sehingga Ogos depan. 

"Momentumnya akan kekal, mungkin kami akan menyasarkan dia mencapai 10.20 saat terlebih dahulu semula membuat larian di bawah 10.10 saat," ujar Poad. 

Turut cemerlang dalam Terbuka Thailand ialah kuartet 4x100m wanita yang berjaya merakam rekod baru kebangsaan, 45.19 saat. 

"Tidaklah berpuas hati tetapi bagi saya ia keputusan yang baik menjelang Sukan SEA. 

"Saya mengharapkan sokongan rakyat Malaysia untuk kejayaan kami," kata salah seorang kuartet 4x100m negara, Zaidatul Husniah Zulkifli. 

Advertisement

Must Watch Video