Sukan luncur air negara sememangnya sinonim dengan keluarga Yoong, dengan Aaliyah Yoong Hanifah sekali lagi menjadi sandaran dalam misi mencapai sasaran tiga pingat emas dalam Sukan SEA Kuala Lumpur, 19 hingga 30 Ogos depan.
Reputasi Aaliyah di rantau Asia Tenggara sukar digugat peserta lain dan pastinya dia menjadi pilihan untuk mempertahankan emas acara tricks dan juara keseluruhan yang dimenangi di Singapura, dua tahun lalu.
Antara persiapan buat atlet berusia 14 tahun itu termasuk menjalani latihan selama enam minggu di Florida, Amerika Syarikat (AS), bagi meningkatkan lagi prestasinya.
"Ia merupakan latihan yang baik di sana kerana saya di bawah tunjuk ajar salah seorang jurulatih terbaik dunia dan dia banyak membantu saya meningkatkan prestasi saya.
"Saya juga berpeluang berlatih dengan peluncur-peluncur terkemuka dan menimba pengalaman menerusi pengamatan persembahan mereka dan dibekalkan ilmu oleh mereka," katanya.
Aaliyah juga enggan terlampau memikirkan cabaran yang bakal diberikan oleh peserta negara lain kerana beranggapan dia mampu untuk mengatasi segala rintangan yang bakal dihadapinya.
"Saya hanya ingin beraksi dan melakukan yang terbaik kerana saya tahu keupayaan sendiri."
Selain Aaliyah yang menjadi taruhan utama bagi buruan pingat, Sukan SEA kali ini juga bakal menyaksikan penglibatan dua adik lelakinya, Aiden dan Adam.
Adam yang baru berusia sembilan tahun mempamerkan peningkatan mendadak dengan memecahkan rekod kebangsaan dalam acara tricks milik abangnya, Alex.
Rekod Alex iaitu 3,830 mata yang dicatat pada 1993 diatasi Adam dengan catatan 3,920 mata.
Pencapaian itu dilakukan Adam dalam Kejohanan Inboards Records, Florida, bulan lalu.
Lantas, ia memberi keyakinan buat ibunya yang juga jurulatih kebangsaan, Norzeela Sulaiman, bahawa mereka mampu mencipta kejutan Ogos ini.
"Sejak pergi ke AS, prestasi mereka meningkat dengan pesat. Jadi, saya berharap mereka akan meraih pingat atau beraksi baik," ujarnya.
Secara keseluruhan, 11 emas ditawarkan dalam acara luncur air yang bakal berlangsung di Kompleks Sukan Air Putrajaya.
Berdasarkan prestasi semasa, tidak keterlaluan jika sasaran tiga emas dalam sukan ini berada dalam genggaman.