Kejohanan Menembak Kebangsaan 2017 menjadi medan pemanas badan terbaik buat Ezuan Nasir Khan dalam mempersiapkan diri untuk menghadapi Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 bulan depan, lebih-lebih lagi selepas menjalani latihan mencabar di Korea Selatan, bulan lalu.
Ia merupakan kali kedua Ezuan menyambut Aidilfitri di perantauan, sebelum ini dalam Sukan Komanwel 2014 di Glasgow, Scotland.
Sesi latihan amat mencabar diharungi Ezuan sepanjang di san, tetapi dia melihat manfaat yang cukup besar dalam meningkatkan lagi prestasinya.
Kem latihan di Korea Selatan merupakan sebahagian daripada perancangan ketua jurulatih, Park Sang Soon, dalam meningkatkan prestasi penembak negara, khususnya buat mereka yang menghadapi Sukan SEA Kuala Lumpur, 19 hingga 30 Ogos depan.
"Program latihan di sana sangat sukar.
"Ketua jurulatih kami mengaturkan perancangan untuk kami mengikut perancangan latihan skuad kebangsaan Korea Selatan di sana.
"Maklumat di sana akan diguna pakai dalam Sukan SEA nanti," katanya.
Dalam perkembangan lain, tiada sebarang sasaran utama diletakkan Ezuan dalam Kejohanan Menembak Kebangsaan nanti.
Dia dijangka meneruskan rentak konsisten selepas mengungguli Kejohanan Asia Tenggara (SEASA), Mei lalu, di mana dia memenangi pingat emas acara 50 meter rifle prone individu serta berpasukan bersama Mohamad Lutfi Othman dan Mohd Hadafi Jaafar.
"Saya nampak peningkatan dan keyakinan yang semakin memuncak.
"Jurulatih pun tidak meletakkan tekanan kepada saya. Kami jadikan ia persiapan untuk Sukan SEA.
"Inilah masanya kalau ada apa-apa yang perlu diperbaiki sebelum kami menghadapi Sukan SEA."