Jurulatih tinju negara, Azmi Mad Yunus, sudah mempunyai bayangan enam peninju negara yang bakal mengibarkan cabaran negara dalam Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dari 19 hingga 30 Ogos depan.
Azmi kini membimbing sembilan pelatih yang sedang mengikuti fasa akhir kem latihan negara.
Begitupun, hanya enam peserta yang akan diperlukan memandangkan Malaysia akan menyertai enam kategori sahaja dalam edisi kali ini, iaitu 81kg, 75kg, 64kg, 56kg, 52kg dan 49kg.
Namun, kesemuanya akan dimuktamadkan pada Julai nanti sejurus mereka pulang daripada Kejohanan Tinju Elit Asia (ASBC) dan latihan pusat di Kyrgyzstan dan Kazakhstan.
"Dalam pemilihan kriteria di kalangan sembilan atlet ini, kami akan membuat penilaian di Kazakhstan nanti menerusi latihan bersama rakan sepasukan dan pertarungan persahabatan," ujarnya.
Buat peninju-peninju, mereka memasang impian untuk memadam kemarau pingat emas di Sukan SEA.
"Insya-Allah, saya berpeluang menambah baik kemahiran dengan memperbanyakkan lagi tumbukan.
"Ini kerana sistem pertarungan sekarang lebih banyak dinilai menerusi tumbukan.
"Ia akan memberi kelebihan kepada seseorang peninju," kata peninju negara bagi kategori 81kg, Adli Hafidz Mohd Pauzi.
Kali terakhir emas hadir daripada acara tinju adalah dalam Sukan SEA Laos 2009 yang menyaksikan Malaysia meraih dua pingat menerusi Nor Farkhan Haron dalam acara 75kg dan Muhd Fairuz Azwa, 81kg.
"Saya mahu menebus kekecewaan lalu apabila tidak dapat mara ke perlawanan akhir.
"Sebelum ini, kemaraan saya disekat oleh peninju Thailand dan Filipina.
"Insya-Allah, sebagai atlet tuan rumah, saya mahu memberikan yang terbaik dan seterusnya mara ke final," kata peninju negara bagi ketegori 64kg, Khair Akzaylan Azmi.