Skip to main content

Sukan Lain

Sukan SEA: Jin Quan beri tamparan kepada Yeu Siong

sim-jin-quan-130717.jpg
Ketakutan ketua jurulatih skuad bola tampar lelaki negara, Tey Yeu Siong, sebelum ini mengenai aspek kecergasan anak-anak buahnya menjadi kenyataan apabila kapten, Sim Jin Quan, mengalami kecederaan sewaktu menjalani latihan, minggu lalu.

Kecederaan tersebut sudah pasti memberi kebimbangan kepada pasukan kebangsaan kerana enggan kehilangan tonggak utama menjelang aksi di pentas Sukan SEA dalam misi menamatkan kemarau pingat selama 16 tahun.

Doktor menjangkakan masa selama enam minggu untuknya benar-benar pulih, sekaligus menyaksikannya terpaksa melupakan hasrat beraksi dalam saingan Pra Sukan SEA bermula Rabu depan.

"Doktor berkata kecederaan ini bergantung kepada individu. Kalau berasa sudah sembuh, saya boleh kembali beraksi.

"Buat masa ini, saya diminta agar berehat dan tidak turun berlatih," ujar Jin Quan.

Malaysia dijangka berdepan aksi sengit apabila diundi dalam kumpulan bersama-sama juara bertahan, Thailand, selain Myanmar dan Kemboja dan Jin Quan tetap percaya misi untuk merampas pingat emas
pada tahun ini masih realistik.

"Bukan masalah untuk menghadapi mereka.

"Ia bergantung kepada prestasi pada hari perlawanan. Kalau kami beraksi lebih baik, sudah tentu kami akan mengatasi mereka.

"Kalau kami mara ke separuh akhir, kemudian kami akan beraksi memburu tempat dalam final," tambahnya.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video