Skip to main content

Tenis

Sukan SEA: Jawairiah sempat pulih sebelum temasya

jawariah-nordin.jpg
Pemain tennis wanita negara, Jawairiah Nordin, yakin kecederaan lutut yang dialaminya bulan lalu sempat pulih sebelum bermulanya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 bulan depan.

Persaingan membabitkan negara lain, antaranya Thailand, Indonesia dan Filipina, menyukarkan situasi Malaysia yang memiliki pemain yang menduduki ranking lebih rendah.

Bagaimanapun kejutan tetap menjadi misi utama berlandaskan kelebihan selaku pasukan tuan rumah.

Bagi Jawairiah yang akan berpasangan dengan S. Theiviya dalam acara beregu, dia tiada pilihan selain cuba memecah dominasi pasukan pilihan atau sekurang kurangnya menyumbang pingat paling minimal buat negara.

Kecederaan Jawairiah dijangka pulih dalam masa terdekat selain turut bergantung dengan ubat-ubatan yang dibekalkan Institut Sukan Negara (ISN).

"Saya dah boleh tunduk dan membuat larian tetapi suntikan perlu diteruskan sehingga Jumaat (esok), jadi minggu depan saya dah boleh kembali ke atas gelanggang," jelasnya.

Advertisement

Must Watch Video