Skip to main content

Sukan Lain

Sukan SEA: Jack Chang idam emas sebagai hadiah persaraan

loh-jack-chang-wushu-210717.jpg
Juara dunia wushu, Loh Jack Chang, tidak mahu terlepas pingat emas Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 kerana ini merupakan penampilan kali terakhirnya dalam temasya dwitahunan itu apabila mengambil keputusan untuk bersara. 

Berkhidmat buat kali terakhir untuk negara di laman sendiri membuat Sukan SEA pada bulan depan memiliki nilai sentimental tersendiri buat Jack Chang. 

Tahun ini merupakan penampilan terakhirnya dalam Sukan SEA dan dia menggambarkan ia patut diakhiri dengan keputusan termanis dalam kariernya. 

"Saya mahu menunjukkan kemahiran dan persembahan kepada peminat negara agar dapat membantu sukan wushu di mata dunia," katanya.

Jack Chang menyasarkan emas bagi acara taijiquan selain pingat tanpa mengira warna bagi acara taijijian. 

Sementara itu, seorang lagi atlet wushu, Wong Weng Son, menganggap kekuatan mental dan mengelak daripada kecederaan adalah elemen penting yang perlu dititikberatkan bagi tempoh kurang sebulan sebelum temasya. 

"Saya cuma mahu meningkatkan kekuatan mental kerana apa yang penting semasa pertandingan adalah keyakinan untuk saya mempamerkan aksi yang optimum. 

"Apa yang penting, kami perlu mengenal past kesilapan yang dilakukan," ujarnya. 
 

Advertisement

Must Watch Video