Che-de-mission (CDM) Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, Datuk Marina Chin, menyasarkan Sukan SEA Kuala Lumpur bebas doping, terutama membabitkan kontinjen negara, sepanjang temasya dari 19 hingga 31 Ogos nanti.
Menurutnya, kesedaran membabitkan penggunaan bahan terlarang telah dipertingkatkan.
Kes terdahulu membabitkan penyalahgunaan 'tidak sengaja' apabila ia melibatkan penggunaan dalam pil pelangsing badan, ubatan tradisional selain senarai terbaru bahan terlarang yang dikeluarkan Agensi Anti Doping Dunia (WADA), perlu diambil kira.
Marina sendiri mahu penganjuran kali ini bebas isu doping, terutama membabitkan kontinjen negara bagi mengelak sebarang penarikan pingat yang sudah pasti membawa kerugian buat negara.
"Salah satu hasrat dalam penganjuran Sukan SEA 2017 ini adalah bebas isu doping, terutama dalam konyinjen Malaysia," ujarnya.
Penerangan terperinci sedang diberikan kepada setiap atlet yang hadir, rata-ratanya terdiri daripada atlet sukan angkat berat, sepak takraw dan bola tampar.
"Kalau mereka diberi makanan tambahan oleh rakan-rakan atau keluarga, mereka boleh bawa makanan tambahan itu untuk dirujuk kepada pihak Institut Sukan Negara (ISN) dan disahkan oleh pihak Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS) untuk dipastikan kandungannya."