Malaysia akan memiliki dua pembawa bendera ke Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dengan chef-de-mission, Datuk Marina Chin, berkata identiti atlet yang akan memikul tugas itu akan diputuskan bulan depan.
Juara keirin dunia, Azizulhasni Awang, dan ratu terjun, Pandelela Rinong, dilihat memiliki peluang cerah untuk menggalas penghormatan selaku pembawa bendera kontinjen Malaysia.
Ia susulan ketiadaan jaguh badminton, Datuk Lee Chong Wei, dan ratu skuasy, Datuk Nicol Ann David, yang tidak beraksi dalam temasya kali ini.
Ketika ini, beberapa nama sedang dipertimbangkan dengan keutamaan terhadap atlet yang memiliki reputasi besar di pentas antarabangsa.
"Daripada segi pemilihan pembawa bendera, kami bersetuju untuk tunggu sehingga selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.
"Sebaik senarai nama itu lengkap, barulah kami akan membincangkan perkara ini," jelas Marina.
Menariknya, Azizul dan Pandelela pernah menggalas tugas sebagai pembawa bendera kontinjen negara dalam Sukan Olimpik.
Sukan SEA Singapura 2015 menyaksikan penerjun senior, Leong Mun Yee, diberi penghormatan sebagai pembawa bendera kontinjen negara.