Atlet lompat tinggi negara, Lee Hup Wei, mengakui terpaksa mengubah rutin jadual latihannya, apatah lagi sering kali berlatih seawal jam 7 pagi setiap hari.
Peka dengan penularan wabak denggi di sekitar Bukit Jalil, Hup Wei positif ia tidak sesekali akan menjejaskan persiapan seluruh atlet menjelang Sukan SEA 2017 kerana percaya mereka telah matang dalam mengambil langkah berwaspada.
"Disebabkan penularan wabak denggi, saya terpaksa ubah dan melambatkan sesi latihan pada sebelah pagi.
"Saya akan turun menjalani latihan sekitar jam 9 atau 10 pagi. Panas sikit tak mengapa, yang penting kesihatan perlu dijaga," ujarnya.
Hup Wei yang berlepas ke Sydney, Australia, hari ini bersama-sama Nauraj Singh mengakui cukup teruja untuk berlatih di sana selama dua bulan.
Apatah lagi, ini adalah kali pertama dia akan berada di bawah bimbangan jurulatih, Alex Stewart, dan mengharapkan perubahan positif dari segi lompatannya selepas ini.
"Saya belum pasti program di Australia macam mana lagi.
"Ini satu eksperimen baru bagi saya. Latihan di sana mungkin boleh meningkatkan karier saya."