Skip to main content

Sukan Lain

Sukan SEA: Hua Wei akui gementar jadi prospek emas

25117huawei.jpg
Atlet berusia 18 tahun, Gan Hua Wei, tertekan selepas diletakkan sebagai prospek penyumbang pingat emas sulung dalam Sukan SEA Kuala Lumpur apabila digandingkan dengan Lee Yhing Hui dalam acara duet renang berirama.

Acara  itu berpeluang untuk muncul penyumbang pingat pertama kontinjen negara dalam kejohanan sukan terbesar Asia Tenggara itu, 19-31 Ogos nanti.

Mereka akan merebut dua emas pada hari ketiga temasya, sekali gus menjadi tumpuan peminat sukan negara.

Bagaimanapun, ia meningkatkan tekanan buat Hua Wei memandangkan usianya baru 18 tahun.

"Saya rasa gementar tetapi saya yakin bahawa kami boleh memenangi pingat pertama untuk Malaysia. Selepas menyertai beberapa kejohanan, kami mendapat keputusan yang agak baik.

"Pada awalnya, memang susah tetapi selepas mendapat tunjuk ajar daripada jurulatih, prestasi saya banyak meningkat berbanding sebelum ini," katanya.

Dalam temasya kali ini, renang berirama menawarkan lima emas.

Skuad itu turut muncul penyumbang emas pertama negara dalam Sukan SEA 2015 di Singapura menerusi gandingan Lee Yhing Huey dan Katrina Ann Abdul Hadi dalam duet.

Skuad kendalian Long Yan dijangka berdepan cabaran sengit untuk berdepan atlet Singapura yang turut meraih dua emas dalam temasya lalu.

Malaysia akan berlepas ke Wuhan, China pada 6 Februari depan untuk menjalani kem latihan pusat selama sebulan.

Pencapaian terbaik renang berirama ialah dalam Sukan SEA 2011 di mana Malaysia meraih lima emas sementara dalam edisi lalu di Singapura, Malaysia merangkul satu emas dan dua perak.

Advertisement

Must Watch Video