Al-Jufferi Jemari menyumbangkan satu pingat gangsa yang membawa seribu makna kepada dalam Sukan SEA Hanoi, sebentar tadi.
Biarpun terpaksa menanggung kesakitan sejak suku akhir di Gimnasium Bac Tu Liem, kelmarin, juara dunia 2016 itu tetap mahu meneruskan cabaran dalam acara pencak silat, tanding kelas F (70-75kg), ketika berdepan peserta Singapura, Abdul Raazaq Abdul Rashid.
Seperti sudah diduga, pihak lawan akan menggunakan kesempatan daripada kecederaan itu sejak awal pertarungan lagi.
Malah, Al-Jufferi menerima kesakitan baru di bahagian dagunya dan dipotong mata. Tetapi ia tidak memudarkan semangatnya untuk bangkit.
Kemudian isu keputusan di paparan marahkah cuba menduga kesabaran kem Malaysia tetapi Al-Jufferi tetap cekal beraksi.
Namun, pesilat negara itu berusia 30 tahun itu yang mendahului pertarungan tersilap langkah ketika aksi berbaki beberapa saat apabila Abdul Raazaq dikasari di muka hingga wasit memotongnya matanya, sekali gus menyerahkan kelebihan kepada pihak lawan 21-26.
Begitupun, Al-Jufferi mempamerkan semangat kesukanan yang tinggi apabila menjulang tangan seterunya itu bagi kemenangan Abdul Raazaq.
Pesilat berpengalaman, Fauzi Khalid, turut mengharumkan nama negara dengan gangsa bagi kelas G Putra (75-80kg) termasuk Hazim Amzad dan Ahmad Atif Irsyad Ahmad Zahidi menerusi kelas C (55-60kg) serta kelas D (60-65kg).

“Kalau saya sakit bahu, anak saya sakit kanser. sebab dia sakit umur 2, 3 tahun dah kena kanser” -Al Jufferi Jamari @ASTROARENA pic.twitter.com/nWGBuq9aCk
— Syakirah Zulkifly (@SykrhZlkfly) May 15, 2022