Kem silat negara menyasarkan tiga pingat emas daripada 16 acara sempena Sukan SEA Hanoi dengan dua daripadanya menerusi acara silat tanding dan silat seni.
Sasaran itu dianggap realistik berikutan kem silat kebangsaan sudah lama tidak diuji di peringkat antarabangsa sebelum berkesempatan menyertai Kejohanan Pencak Silat Asia Tenggara di Singapura, Februari lalu, yang menjadi pelantar persiapan menghadapi temasya dwitahunan tersebut.
"Kami menetapkan sasaran tiga emas dan kalau ada lebih, ia satu kejayaan yang memberangsangkan," kata pengurus pasukan pencak silat, Datuk Mohd Arpan Sari.
Bagi jurulatih silat tanding, Mazlan Shaari, anak buahnya semakin selesa dengan peraturan baru itu yang antaranya kehadiran 10 juri untuk Malaysia meraih dua pingat emas di Singapura.
Tambahnya, Singapura dan tuan rumah, Vietnam, akan menjadi pencabar sengit dalam edisi ke-31 itu -- yang bermula 12 hingga 23 Mei depan --- selain memastikan barisan skuad negara sudah bersedia dengan teknik baru yang diterapkan dalam latihan pusat di Langkawi, baru-baru ini.
"Ada perubahan yang dibuat berdasarkan kelemahan dalam kejohanan di Singapura.
"Sepanjang dua minggu berlatih di Langkawi, kami cuba perbaiki latihan dan cara untuk mengatasi negara tersebut," kata Mazlan pula.
Sasaran itu dianggap realistik berikutan kem silat kebangsaan sudah lama tidak diuji di peringkat antarabangsa sebelum berkesempatan menyertai Kejohanan Pencak Silat Asia Tenggara di Singapura, Februari lalu, yang menjadi pelantar persiapan menghadapi temasya dwitahunan tersebut.
"Kita tak tahu sejauh mana kekuatan lawan masing-masing kerana peraturan baru akan diguna pakai sepenuhnya buat kali pertama di Vietnam.
"Yang pasti peraturan baharu ini akan menjadikan persaingan lebih terbuka. Ia akan memberi cabaran kepada semua pesilat terutama pesilat negara kita,
"Kami berharap semua kategori akan berusaha bersungguh-sungguh dan saya yakin semua atlet berpeluang kerana saingan agak terbuka."Kami menetapkan sasaran tiga emas dan kalau ada lebih, ia satu kejayaan yang memberangsangkan," kata pengurus pasukan pencak silat, Datuk Mohd Arpan Sari.