Pengendali skuad futsal kebangsaan, Chew Chun Yong, berharap peningkatan ranking skuad futsal negara di tangga ke-64 dunia akan menjadi pembakar semangat buat anak buahnya menjelang Sukan SEA Kuala Lumpur, bulan depan.
Sungguhpun gembira dengan peningkatan ranking dunia, Chun Yong menuntut peningkatan berterusan daripada barisan negara bagi memastikan kesinambungan peningkatan kedudukan negara dengan misi memburu emas dalam Sukan SEA.
"Ini merupakan ranking terbaik negara setakat ini.
"Apapun, persembahan negara masih menjadi keutamaan untuk terus konsisten dan menampilkan prestasi baik selain meraih keputusan positif dalam pertandingan," katanya.
Dalam pada itu, kem latihan skuad negara hanya disertai bilangan kecil pemain kerana sebahagian besar anak buahnya kini bersama skuad Melaka mengharungi Kejohanan Kelab Futsal AFF di Bangkok, Thailand.
Namun, Chun Yong tidak berasakan ia sebagai satu masalah yang menjejaskan persiapan skuad negara ke Sukan SEA.
"Mereka membawa nama Malaysia, oleh itu kita perlu melepaskan dan memberi sokongan kepada mereka.
"Meskipun hanya ada sebilangan kecil pemain yang ada, namun kami masih boleh memperbaiki aspek kemahiran dan posisi mereka dalam permainan.
"Sesi latihan tidak akan berhenti sama sekali."
Skuad negara juga sedang merangka beberapa aksi persahabatan antarabangsa di dalam dan luar negara bulan depan sebelum bermulanya Sukan SEA.