Pesilat negara, Fauzi Khalid, mahu mendapatkan semula momentum di gelanggang selepas hampir dua minggu berehat akibat masalah kesihatan sewaktu di Terbuka Belgium, tempoh hari.
Barisan pesilat negara berkampung di London selama tiga hari terlebih dahulu untuk berlatih sebelum terbang ke Belgium pada 2 Mei bagi menghadapi kejohanan.
Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi pesilat kelas F Putra itu apabila mengalami demam denggi sejurus sahaja tiba di London pada 30 April lalu, sekaligus tidak dapat beraksi.
Dia yang kembali beraksi dalam Kejohanan Silat Asia Tenggara, Mac lalu, selepas berehat akibat mengalami gegaran otak, kecewa kerana menyifatkan dirinya masih lagi kekurangan saingan kompetitif setakat ini.
"Sasaran saya di Belgium adalah mempertahankan pingat emas saya. Di sana, saya juga mahu menilai prestasi saya dan menganalisis pihak lawan," ujar Fauzi.
Fauzi turut mengakui dirinya makin tertekan menjelang Sukan SEA apabila terlalu menginginkan pingat emas selepas sekadar berpuas hati dengan kutipan gangsa dalam Sukan SEA Singapura, dua tahun lalu.
"Tekanan sangat tinggi kerana bakal beraksi di laman sendiri. Ini melibatkan maruah, jadi tekanan agak kuat," tambahnya.