Atlet pelayaran negara, Nur Shazrin Mohamad Latif, melahirkan kerisauan tentang faktor angin di Kuah, Langkawi yang bertiup amat perlahan ketika ini, sekaligus menjejaskan rentak latihan mereka menghadapi persiapan Sukan SEA Kuala Lumpur, Ogos depan.
Bacaan kelajuan angin di perairan Kuah, Langkawi ketika ini adalah sekitar dua hingga lima knot.
Bagaimanapun, bagi Nur Shazrin, faktor angin dijangka akan berubah menjelang bulan Ogos apabila Malaysia akan mengalami perubahan cuaca, tambahan pula tempat latihan mereka juga akan dijadikan venue pertandingan acara pelayaran pada 21 Ogos depan.
Ia adalah satu kelebihan utama buat skuad pelayaran negara, dan mereka dijangka tidak menghadapi masalah untuk menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran.
"Saya berharap cuaca ketika Sukan SEA akan menjadi lebih baik kerana latihan kami kini terjejas kerana pergerakan angin yang tidak menentu," kata Nur Shazrin.
Dua tahun lalu di Singapura, Nur Shazrin membuat kejutan meraih emas menerusi acara laser radial dan berpasukan wanita bersama kakaknya, Nurliyana Mohamad Latif, dan Khairulneeta Mohd Affendy.
Untuk edisi kali ini, Shazrin melihat tugas itu agak sukar memandangkan pesaing dari Singapura dan Thailand sudah melihatnya sebagai pencabar terkuat dan mula melakukan persiapan rapi, terutama ketika saingan Top of The Gulf di Pattaya, Thailand, 4 Mei lalu.
"Saya bersyukur kerana terdapat peningkatkan dalam prestasi saya dan berharap untuk meneruskan momentum sehingga Sukan SEA nanti."