Skip to main content

Sukan Lain

Sukan SEA: Fadzil tidak patah semangat selepas kemalangan motosikal

muhmmad-fadzil-mustapa-280617.jpg
Harapan pemain sepak takraw negara, Muhammad Fadzil Mustapa, untuk mewakili negara dalam Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 tampak tipis apabila terlibat dengan kemalangan jalan raya, beberapa hari sebelum sambutan hari raya. 

Fadzil mengalami kemalangan, Jumaat lalu, ketika dalam perjalanan ke utara apabila motosikal yang ditunggangnya terbabas selepas cuba mengelak daripada bertembung dengan kenderaan lain. 

Kemalangan itu menyebabkan Fadzil mengalami luka di seluruh anggota badan. 

Meskipun dilaporkan sudah beransur pulih, Fadzil tidak meletakkan harapan tinggi untuk tersenarai dalam temasya dari 19 hingga 30 Ogos depan itu. 

"Saya sudah mula berjalan semula. 

"Saya tidak tahu apa reaksi jurulatih lagi, namun saya berasakan sempat untuk pulih," katanya ketika dihubungi. 

Bagi Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), Datuk Ahmad Ismail, mereka akan meneliti keadaan Fadzil sebelum memuktamadkan senarai pemain, Jumaat ini. 

Selain Fadzil, Malaysia masih boleh bergantung harapan kepada lima lagi perejam, antaranya Azlan Alias, Nur Hafizie Razak dan Mohd Khairol Zaman. 

"Dia masih dalam pemulihan tetapi dia tidak mengalami kepatahan tulang. 

"Kami masih perlu memantau keadaannya," ujar beliau. 
 

Advertisement

Must Watch Video