Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Pro Asia Cycling Team (TSG), Farhan Abdul Wahab, mengesahkan Melbourne, Australia sebagai destinasi latihan fasa akhir menjelang Sukan SEA, Ogos ini.
Diketuai Mohd Zamri Saleh, lima lagi pelumba TSG, Mohd Haris Saleh, Anuar Manan, Mohammed Adiq Husainie Othman, Shahrul Mat Amin dan Nur Amirul Fakhruddin Mazuki, akan mula berlatih di bawah bimbingan Jeremy Hunt, pertengahan bulan ini.
Menurut Farhan, persiapan di Melbourne itu adalah susulan latihan fasa pertama dan kedua dalam acara lebuhraya serta kriterium sebelum ini.
“Selain sesi latihan, TSG akan mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam enam siri perlumbaan di Australia,” ujarnya.
Jelas Farhan lagi, tiga daripada mereka – Adiq Husainie, Shahrul Mat Amin dan Amirul Fakhruddin – akan terlebih dahulu berlepas ke Indonesia sebelum menyertai rakan sepasukan ke Melbourne.
“Mereka akan menyertai Tour de Florest untuk meningkatkan teknik kayuhan memandangkan tiga pelumba ini merupakan pelumba harapan dalam zon pendakian.
“TSG mampu menepati sasaran dua pingat emas dalam Sukan SEA, khususnya berkelebihan beraksi selaku tuan rumah,” tambah Farhan.