"Elak jadi mangsa tiket haram," itu ingatan Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Low Beng Choo, kepada peminat yang mahu membeli tiket Sukan SEA selepas ada pihak tidak bertanggungjawab menjualnya secara haram.
Tiket upacara pembukaan dan penutup yang sepatutnya bernilai RM20 mula dijual secara haram di atas talian.
Bagaimanapun, usaha menjejaki penjualnya gagal kerana nombor telefon sudah dipadamkan.
Ia menimbulkan kebimbangan mengenai potensi peminat sukan menjadi mangsa tiket haram atau tiket palsu.
"Semua orang kalau nak beli tiket, tolonglah layari laman sesawang rasmi www.kualalumpur2017.com.my dan elakkan daripada mendapatkan tiket daripada sumber lain kerana
tiada agensi lain yang menjual tiket itu," kata Beng Choo.
Dapatkan tiket sah anda secara di atas talian menerusi laman web rasmi, www.kualalumpur2017.com. my, untuk menyaksikan Sukan SEA, 19-30 Ogos ini.
Anda boleh dapatkan tiket untuk 19 sukan serta upacara perasmian dan penutupan temasya dengan harga di antara RM10 hingga RM20.