Skip to main content

Sukan Lain

Sukan SEA: Chuan Leong sasar satu emas

chuan-leong-110617.jpg
Atlet snuker kebangsaaan, Thor Chuan Leong, meraih emas dalam saingan individu lelaki ketika Sukan SEA 2015 di Singapura.

Dia menewaskan peserta dari Myanmar, Ko Htet, selain turut memenangi acara beregu apabila digandingkan bersama Moh Keen Hoo.

Bagaimanapun, Chuan Leong tidak mahu meletakkan tekanan tinggi buat dirinya sendiri menjelang  Sukan SEA pada Ogos ini, apabila menyifatkan emas individu yang akan menjadi keutamaannya.

“Saya menyasarkan satu emas untuk acara individu tetapi akan turut cuba  tampil beraksi di tahap terbaik dalam acara beregu.

“Mempertahankan pingat emas lebih sukar berbanding ketika cuba untuk mendapatkannya dan saya tidak mahu terlalu tertekan dengan situasi itu,” ujarnya.

Chuan Leong  turun selaku juara bertahan dalam Kejohanan Kebangsaan Ke-29 yang sedang berlangsung ketika ini dan menjadikannya sebagai medan pemanas badan di samping bakal menyamai rekod Sam Chong jika berjaya bergelar juara sekali lagi.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video