Skip to main content

Sukan Lain

Sukan SEA: Che Ku Nur Aida berlatih keseorangan

nur-aida.jpg
Cabaran menanti atlet lawan pedang negara, Che Ku Nur Aida Che Ku Rahim​, yang terpaksa menjalani latihan bersendirian tanpa kehadiran jurulatih menjelang Sukan SEA Kuala Lumpur yang akan membuka tirai bulan depan.

Sukan SEA Korat 2007 di Thailand merupakan penampilan terakhir Che Ku Nur Aida -- yang ketika itu baru meniti usia 17 tahun -- sebelum membuat keputusan meninggalkan sepenuhnya arena sukan.

Dia menerima seruan untuk kembali mewakili negara selepas 10 tahun menyepi apabila meraih pingat emas dalam Kejohanan Lawan Pedang Kebangsaan 2017, Februari lalu.

Bagaimanapun, atlet dari Kelantan ini berdepan cabaran getir apabila menjalani latihan bersendirian sebaik sahaja melapor diri 29 Jun lalu.

Tanpa kehadiran jurulatih dan kejohanan kompetitif sebagai persediaan, atlet berusia 27 tahun itu tetap teruja walaupun sedar bukan mudah untuk meraih pingat emas, apatah lagi dengan kehadiran pencabar dari Indonesia dan Vietnam.

"Agak susah untuk cuba menyesuaikan kembali bagi menghadapi temasya ini tetapi dengan latihan bersama atlet lain, perlahan-lahan sentuhan itu mula kembali. Kami terpaksa berlatih bersendirian tanpa bantuan jurulatih.

"Memang sangat-sangat berdebar, saya tidak yakin pada awalnya untuk sampai ke tahap ini tetapi insya-Allah kami mampu melakukannya," jelas Che Ku Nur Aida.

Advertisement

Must Watch Video