Skip to main content

Sukan Lain

Sukan SEA: Ben Heng sudah ada nama enam calon akhir

ben-heng.jpg
Skuad bowling lelaki dilihat sudah ada jawapan dalam menamakan enam atlet daripada lapan calon akhir yang bakal membawa cabaran negara dalam Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

Walaupun keputusan rasmi belum diumumkan, jurulatih bowling negara, Ben Heng, mengakui sudah mendapat bayangan enam atlet lelaki yang akan membawa cabaran negara dalam Sukan SEA Kuala Lumpur, Ogos ini.

Ini ekoran kecederaan yang dialami dua calon, Zulmazran Zulkifli dan Nur Aiman Khairuddin, dijangka sempat pulih pada pertengahan bulan ini.

Bagaimanapun, Ben berkata dia akan memantau prestasi terkini enam atlet lelaki dalam kejohanan di Singapura dan Macau sebelum membuat keputusan muktamad.

"Senarai nama masih belum diputuskan lagi tetapi saya rasa sudah tahu siapa enam atlet yang akan bertanding nanti. 

"Zulmazran dan Nur Aiman perlu berjumpa doktor, jadi mungkin mereka perlu rehat terlebih dahulu," ujarnya.

Sementara itu, atlet bowling lelaki negara, Syafiq Ridhwan Abdul Malek, yakin memiliki peluang cerah untuk beraksi dalam temasya Kuala Lumpur 2017.

Pemenang Piala Dunia 2012 ini juga selesa jika terus digandingkan bersama Rafiq Ismail dalam acara double selepas meraih gangsa dalam Kejohanan Bowling Asia, tahun lalu.

"Ketika Kejohanan Asia, saya digandingkan dengan Rafiq sementara dalam Sukan SEA Indonesia, saya bersama dengan Zul. Rafiq antara atlet  terbaik negara, jadi jika saya digandingkan bersamanya, kami berpeluang untuk meraih pingat," jelas Ridhwan.
 

Advertisement

Must Watch Video